Tuesday, December 29, 2009

“couple” sebelum kawen!

(sekadar pendapat aku seorang pendosa!)

Salam…

Couple???

“Couple” adalah salah satu perkara yang aku xsuka!

Kenapa??
Sebab aku xhensem??
Xde orang yg nak kt aku??
Aku dengki ngan korang sume sbb korang ade pakwe or makwe?? Cantik?? Hodoh?? Ape2 jelah…

Yang pastinya dalam ugama, xde pun istilah “couple”!
Klu xcaye korang belek la hadis or Tanya la ustaz or pak imam or pak kadi atau sape2 yang berkaitan…

Disini, aku bukan nk perangi orang yang bercouple. Kawan2 aku ramai yang couple! Biase la, umur baru mencecah 20an…
nafsu membuak-buak!

Aku pun pernah alami masalah kapel nih(hanya mereka yang tahu) Na’udzubillah… dan ape yang aku dapat hanya “masalah”!
masalah camane???

Tepuk dada, Tanyalah awek korang!

camni…
Nak bercinta boleh,
diam diam sudah,
dan jangan buat maksiat!

tak payah nak tunjuk pada dunia yang korang ada awek…
rakam gambar,
letak dalam blog,
dan perasan bahagia...

aku cukup menyampah dengan mereka yang bercerita tentang awek atau pakwe mereka,

“wei ko tau tak?, semalam awek aku merajuk, tapi lepas aku pujuk susah payah, terus kami berbaik semula,”

“wei ko tahu tak?, semalam awek aku ajak pegi “overnight”.., apa punya bodoh awek dia dapat pakwe bodoh pun aku tak tahu..

Orang perempuan tak tahu ke?, yang orang lelaki kebanyakkan dalam bercinta, sangat berharap untuk terlanjur, siap bangga dan cerita kat kawan kawan, dan akan tinggalkan perempuan bodoh tu, sebab lelaki rasa hebat dapat kendurikan orang perempuan..,

jadi nak elak benda ni semua, tak payah bercinta, dan jika bercinta, diam diam sudah, dan takutlah pada Allah, kahwin cepat cepat.. faham?!
Sekian…

(ps: post ni aku copy dan 70% aku edit suka2 hati aku!)woha!

Tuesday, November 24, 2009

IDOLAku…

Alhamdulillah… dpt gak aku post blog aku yg pertama ni untuk pembaca dan sahabat2 sekalian…
sbb ni post pertama aku, aku dahulukan dengan cerita nabi junjungan kita..
Muhammad s. a.w kerana menyebut Baginda s.a.w ialah asbab keberkatan… InsyaAllah…

Disini aku ingin kongsi satu cerita tentang kemuliaan Rasulullah s.a.w yg patut kita contohi..

Cerita perjalanan Rasulullah s.a.w ke Taif…
Sprti yg kita semua tahu, slma 9thn Rasulullah s.a.w brdkwah di mekah, hanya segelintir saje yg memeluk Agama Islam… Kbykn org kafir mekah ni cuba sdya upaya untk mnntg Baginda s.a.w dan para sahabat dengan pelbagai cara…

Setelah 10thn baginda s.a.w menjadi Nabi dan Abu Talib meninggal, org2 kafir mndapat lebih banyak peluang utk mengahalang penyebaran Agama Islam dan menyksa orang2 Islam dengan pelbagai cara secara terbuka….

Nabi s.a.w telah pergi ke Taif dengan harapan masyarakat Thaqif di sana yg ramai bilangannya memeluk Islam dan dapat menyelamatkan kaum muslimin di mekah dtrpda ksshn tersebut dan dan taif akn menjadi pusat penyebaran Islam…

Sesampai disana, ternyata masyarakat Thaqif menolak bulat2 dakwah Baginda s.a.w…
Lebih menyedihkan, Baginda dihina, dicaci, diejek, dituduh sebagai pendusta bahkan dalam perjalanan pulang, Baginda s.a.w telah dilontar batu sehingga kedua2 kasut baginda s.a.w dilumuri darah yang mengalir…

Setelah itu, Baginda s.a.w berdoa yang bermaksud:
‘ Ya Allah, kepadaMu aku mengaku kelemahanku, kekurangan daya upayaku, dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya Arhamarrahimin! Engkaulah Tuhan yg telah ditindas. Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diri aku ini, kepada orang asing yg akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasai aku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan Nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur diatas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada Engakau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau Redha. Tiada sebarang daya dan tiada upaya kecuali dengan petunjukMu.’

Dengan doa sedemikian, maka bersemaraklah sifat Qahhar Allah s.w.t lalu datangnya Jibrail memberi salam dan berkata bhw Allah telah mndengar Doa Nabi dan telah mengutuskan malaikat yg bertanggungjawab keatas gunung ganang.
Selepas itu malaikat tersebut memberi salam dan berkata ‘saya akan menunaikan segala yang diperintahkan oleh tuan. Samada diperintahkan supaya saya melagakan bukit bukau di kedua dua arah supaya mereka semua akan hancur atau apa2 saje hukuman yg tuan tetapkan.’

Baginda s.a.w ialah seorang yg amat pengasih lagi belas kasihan. Baginda s.aw. tlh memberi jawapan, ‘aku tetap menaruh harapan kpd Allah s.w.t bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk Islam, pasti akan lahir orang yg akan menyembah Allah s.w.t dan beribadat kepdNya dikalangan anak2 mereka’.

Inilah akhlak peribadi mulia seorang yang aku konon-kononnya berbangga menjadi pengikutnya..

Tp, bila aku sndri in trouble or aku dicaci, dihina, msti ah aku akn marah an.. kkdg tu smpi aku menaruh perasaan dendam yang tidak padam2 smpai sekarang. Konon2 nye ‘pantang nenek moyang aku bila ade org kutuk2 ni, tmbah2 kutuk dari belakang, klu berani meh kutuk depan2 aku wei’ (ntah2 kne sepak mamat tuh!) haha… betol ke tindakan aku nie??? Na’uzubillah…

Ya Allah, scara aku xsedar dah byk kezaliman yg aku lakukan keatasnya sedangkan aku sendiri mengaku yang aku ialah pengikut Nabi s.a.w yg mengikut jejak langkah Baginda s.a.w.

Setelah menanggung kesusahan dan menanggung penderitaan yang sebegitu dahsyat, Baginda s.a.w sendiri xprnh mendoakan keburukan kpd mereka dan langsung tidak membalas perbuatan mereka.

2 Persoalannya disini,…
Seumur hidup ni, pernah ke aku mengikut sikap terpuji Rasulullah s.a.w???
Adakah aku betul2 menyintai Rasulullah s.a.w???

Wallahualam… tp aku akn cuba sedaya upaya aku untuk menjadi Insan yg berjaya di dunia n di akhirat berIDOLAkan Rasulullah s.a.w… InsyaAllah…

DOA2 KAN AKU YE!..

MUQADDIMAH...


Salam Alaik’…
Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada…

Alhamdulillah...
Syukur ke Hadrat Ilahi, kini aku baru berkesempatan menulis blog ni…
Sebenarnye dah lama aku nk buat blog ni…
Tp tu lah, pendek kata tak berkesempatan… wohaaa…

Aku buat blog ni sbnrnye ingin berkongsi cerita,
Bertukar pendapat, merenung hidup ini bersama n aku cuba yakinkan diri aku sendiri tentang Agama yg kita anuti n agung2kn…
Yakni Islam… wohaaa…
Harap2 sahabat sekalian dapat membantu aku…

Marilah kita bersama tegakkan agama Islam yang benar dan suci…
Allahuakbar3x…